Sabtu, 27 Jun 2026Masjid Saujana Puchong

๐Ÿ“ข Makluman Pengurusan Parkir ๐Ÿš—๐Ÿ›ต๐Ÿ๏ธ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan kepada seluruh jemaah yang hadir ke Masjid Saujana Puchong agar mematuhi pelan parkir yang telah disediakan* dan *TIDAK meletakkan kenderaan di kawasan yang ditandakan “NO PARKING”.

๐Ÿšซ Kenderaan yang diparkir di kawasan larangan boleh:

  • Menghalang laluan keluar masuk kenderaan lain.
  • Mengganggu laluan kecemasan dan keselamatan.
  • Menyebabkan kesesakan trafik di kawasan masjid.

โœ… Sila parkir kenderaan hanya di petak parkir yang telah ditetapkan dan ikuti arah aliran trafik seperti yang ditunjukkan dalam pelan parkir.

Kerjasama dan keprihatinan semua jemaah amat dihargai bagi memastikan kelancaran pergerakan serta keselesaan bersama.

“Parkir Dengan Berhemah, Ibadah Dengan Tenang”

Sekian, terima kasih.

Pengurusan Masjid Saujana Puchong (AJK Interim)
“Masjid Kita, Tanggungjawab Bersama* ๐Ÿ•Œ

โœจ Kursus Umrah Percuma โœจ

Persediaan lengkap sebelum menjadi tetamu Allah.
Belajar tatacara Umrah, praktikal & bimbingan berpengalaman.
๐Ÿ“ Masjid Saujana Puchong, Taman Saujana Puchong, 47100 Puchong, Selangor.

๐Ÿ—“๏ธ 5 JULAI ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (Ahad)
โฐ 9:00 ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ 12:00 ๐ญ๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐ก๐š๐ซ๐ข

โœ… Panduan lengkap umrah
โœ… Tips & sunnah di Tanah Suci
โœ… Dibimbing mutawwif berpengalaman
โœ… Sesuai untuk bakal jemaah Umrah
โœ… Panduan lengkap & langkah demi langkah
โœ… Tips praktikal, rukun & larangan Umrah
โœ… Sesi soal jawab bersama pakar bimbingan

PENYERTAAN TERHAD, DAFTAR SEGERA!!!

๐Ÿ“ž๐‡๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ค๐š๐ฆ๐ข: ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ-๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ‘๐ŸŽ๐Ÿ”๐Ÿ๐Ÿ‘๐Ÿ / ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ-๐Ÿ๐Ÿ”๐ŸŽ๐Ÿ—๐Ÿ”๐Ÿ๐Ÿ‘

๐ŸŽ Percuma & Terbuka untuk semua!
Jangan lepaskan peluang ini! Bawa keluarga & rakan-rakan anda.

๐Ÿ“ž Hotline: wa.me/601116306231
๐Ÿ“ฒ Ikuti kami di:
FB: Ajaq Global Travel & Tours
TikTok: @ajaqtravel

๐Ÿ•Œ Hebahan – Gotong-Royong Penyediaan Bubur Asyura ๐Ÿ•Œ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Saujana Puchong akan mengadakan program Gotong-Royong Penyediaan Bubur Asyura seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Hari: Sabtu
๐Ÿ“† Tarikh: 27 Jun 2026
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Saujana Puchong

Sehubungan itu, seluruh ahli kariah dan penduduk sekitar dijemput hadir bagi bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini. Kehadiran dan sumbangan tenaga tuan/puan amat dihargai dalam mengeratkan ukhuwah serta memeriahkan aktiviti masjid.

โœจ “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”
โœจ Mari bersama-sama merebut ganjaran amal dan menghidupkan semangat gotong-royong dalam komuniti kita.

Jom beramai-ramai hadir membantu!

Sekian, terima kasih.

Masjid Saujana Puchong
“Memperkasa Ummah, Memakmurkan Masjid” ๐Ÿค๐Ÿ•Œ

Kemaskini E-Khairat Masjid Saujana Puchong

Assalamualaikum Tuan Puan yang dihormati lagi di kasihi. Adalah diminta semua Ahli Khairat Kematian SNI mengemaskinikan account E-Khairat Masjid Saujana Puchong dengan mengisi butir-butir tanggunggan.
Butiran tanggunggan adalah:
๐Ÿ“Suami
๐Ÿ“Isteri
๐Ÿ“Anak-anak
๐Ÿ“Anak Kurang Upaya
๐Ÿ“Ibu/bapa
๐Ÿ“Ibu/bapa mertua

Untuk masuk ke Account tekan link Di bawah dan isikan

  1. No Kad Pengenalan
  2. Masukkan katalaluan. Sila taip perkataan password untuk katalaluan

Tuan puan hendaklah mengemaskinikan account E-Khairat bagi memudahkan pengerusan kemaskini System E-Khairat Kami Mohon Maaf atas kesulitan Di atas perkara ini. Jika ada kesulitan sila hubungi
๐Ÿ‘ณ๐Ÿผโ€โ™‚๏ธ Sahidan Dolmat 0163667610
๐Ÿคถ๐ŸปSiti Radziah Ahmad 0192648668

Kepada ahli kariah Masjid Saujana Puchong yang ingin menjadi ahli sila telan link di bawah Dan terus buat bayaran.Terima Kasih.

Kematian ITU pasti.


E-KHAIRAT
URL : https://www.e-khairat.com/saujanapuchong/home

Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Anggota Jawatankuasa Masjid Saujana Puchong Bagi 2026-2030

Assalamualaikum

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Anggota Jawatankuasa Masjid Saujana Puchong Bagi 2026-2030 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 20 Jun 2026 (4 Muharram 1447H)(Sabtu)
๐Ÿ•š Masa: 9.00 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: Ruang Solat Utama Masjid Saujana Puchong

Sehubungan itu, semua Ahli Kariah dimohon mengambil perhatian terhadap pendaftaran & keabsahan Ahli Kariah Masjid Saujana Puchong. Hanya ahli yg berdaftar dan disahkan sahaja yg akan dibenarkan masuk ke dewan mesyuarat. Oleh itu, pastikan jemaah yg berkelayakan utk mendaftar Ahli Kariah MSP secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

๐Ÿ“ข Hebahan Pendaftaran & Kemaskini E-Khairat MSP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa Biro Khairat Kematian Masjid Saujana Puchong akan membuka kaunter Pendaftaran dan Kemaskini E-Khairat sempena program ceramah yang akan disampaikan oleh Dato’ Dr. Haji Badli Shah Alauddin.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: Ahad, 14 Jun 2026
๐Ÿ•  Masa: 4.30 petang โ€“ 9.00 malam

๐Ÿ“ Tempat: Masjid Saujana Puchong

Sehubungan itu, seluruh kariah dijemput hadir beramai-ramai untuk membuat pendaftaran baharu atau mengemaskini maklumat E-Khairat bagi memastikan rekod sentiasa lengkap dan terkini.
Kerjasama dan sokongan semua amat dihargai.

“Khairat Terjamin, Kebajikan Terpelihara”

Terima kasih.

Biro Khairat Kematian
Masjid Saujana Puchong (BKK MSP)

Sahidan Dolmat
0163667610
Ustazah Radziah
0192648668

๐ŸŒ™ Bacaan Yaasin & Tahlil Ringkas ๐ŸŒ™

Assalamualaikum wbt.,

Dimaklumkan bahawa Bacaan Yaasin & Tahlil Ringkas diadakan secara berkala seperti berikut:

๐Ÿ—“๏ธ Setiap hari Khamis malam Jumaat
๐Ÿ•ฐ๏ธ Selepas Solat Maghrib
๐Ÿ“ Masjid Saujana Puchong

Semua ahli kariah dan muslimin muslimat yang ingin menyertai dijemput hadir bersama-sama mengimarahkan majlis penuh keberkatan ini ๐Ÿค

๐Ÿ“‹ Bagi yang berminat untuk menyertai, sila isi borang penyertaan di bawah:


https://forms.gle/Wu9X1hmkqsAgNuuV9

๐Ÿ’› Sumbangan ikhlas amat dialu-alukan bagi menyokong aktiviti dan pembangunan masjid.

๐Ÿ“ฒ Infak Tabung Masjid:
(DuitNow QR disediakan pada poster)

๐Ÿ“ž Maklumat lanjut:
โ˜Ž๏ธ Setiausaha โ€“ 012-3170440
โ˜Ž๏ธ AJK En. Mazhar โ€“ 0192761043
โ˜Ž๏ธ Bilal 1 โ€“ 017-9515546

Semoga Allah SWT memberkati usaha kita dalam mengimarahkan rumah-Nya. Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin ๐Ÿคฒ

  • Jawatankuasa Masjid Saujana Puchong โ€ข