Sabtu, 27 Jun 2026Masjid Saujana Puchong

📢 Hebahan Pendaftaran & Kemaskini E-Khairat MSP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa Biro Khairat Kematian Masjid Saujana Puchong akan membuka kaunter Pendaftaran dan Kemaskini E-Khairat sempena program ceramah yang akan disampaikan oleh Dato’ Dr. Haji Badli Shah Alauddin.

🗓️ Tarikh: Ahad, 14 Jun 2026
🕠 Masa: 4.30 petang – 9.00 malam

📍 Tempat: Masjid Saujana Puchong

Sehubungan itu, seluruh kariah dijemput hadir beramai-ramai untuk membuat pendaftaran baharu atau mengemaskini maklumat E-Khairat bagi memastikan rekod sentiasa lengkap dan terkini.
Kerjasama dan sokongan semua amat dihargai.

“Khairat Terjamin, Kebajikan Terpelihara”

Terima kasih.

Biro Khairat Kematian
Masjid Saujana Puchong (BKK MSP)

Sahidan Dolmat
0163667610
Ustazah Radziah
0192648668