🌙🕌 Program Maulidur Rasul 1448H / 2026M 🕌🌙

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan penuh rasa syukur, MASJID SAUJANA PUCHONG menjemput seluruh ahli qariah serta penduduk sekitar untuk hadir memeriahkan Program Maulidul Rasul 1448H yang bakal berlangsung seperti berikut:
📅 Tarikh: 25 Ogos 2026 (Selasa)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 10.00 mlm
📍 Tempat: Masjid Saujana Puchong
✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
✅ Pertandingan Perarakan & Berselawat
✅ Pertandingan Azan
✅ Pertandingan Khutbah
✅ Pertandingan Mewarna
✅ Pertandingan Gubahan
✅ Permainan Futsal Bawah 12 Tahun
✅ Ceramah Perdana Maulidul Rasul
🌹 Marilah kita bersama-sama menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui pengisian yang bermanfaat serta mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat.
📢 Semua ahli qariah dan penduduk sekitar dijemput hadir bersama keluarga bagi memeriahkan Program Maulidul Rasul Masjid Saujana Puchong.
