📢 Makluman Pengurusan Parkir 🚗🛵🏍️

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dimaklumkan kepada seluruh jemaah yang hadir ke Masjid Saujana Puchong agar mematuhi pelan parkir yang telah disediakan* dan *TIDAK meletakkan kenderaan di kawasan yang ditandakan “NO PARKING”.
🚫 Kenderaan yang diparkir di kawasan larangan boleh:
- Menghalang laluan keluar masuk kenderaan lain.
- Mengganggu laluan kecemasan dan keselamatan.
- Menyebabkan kesesakan trafik di kawasan masjid.
✅ Sila parkir kenderaan hanya di petak parkir yang telah ditetapkan dan ikuti arah aliran trafik seperti yang ditunjukkan dalam pelan parkir.
Kerjasama dan keprihatinan semua jemaah amat dihargai bagi memastikan kelancaran pergerakan serta keselesaan bersama.
“Parkir Dengan Berhemah, Ibadah Dengan Tenang”
Sekian, terima kasih.
Pengurusan Masjid Saujana Puchong (AJK Interim)
“Masjid Kita, Tanggungjawab Bersama* 🕌
